Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dan Panel Hakim Mahkamah Rayuan telah menyelidik dengan terperinci semua hujah pembelaan dan tidak menemui sebarang kekhilafan untuk menolak keputusan kedua-dua mahkamah tersebut. Perayu juga mempertahankan bahawa wang yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi di bank AmIslamic yang menjadi subjek enam pertuduhan terakhir, adalah derma dari Arab Saudi yang bertentangan dengan dakwaan beliau menjadi mangsa konspirasi. Perayu (Mohd Najib) menyatakan beliau tidak mengetahui wang RM42 juta tersebut namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa beliau telah dianiaya dalam konspirasi yang oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Allahyarham Datuk Azlin Alias (ketika itu setiausaha sulit utama Najib), Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC), dan pegawai bank. Menurut Mahkamah Persekutuan mereka bersetuju dengan Pendakwaan dan Mahkamah Rayuan bahawa pihak pembelaan tidak wajar dipercayai kerana hujah yang bertentangan dan tidak dapat dibuktikan. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menolak teras pembelaan Mohd Najib untuk mencabar elemen mens rea atau niat melakukan jenayah, iaitu beliau menafikan pengetahuan bahawa dana itu adalah daripada SRC. Mahkamah Persekutuan juga mendapati tiada bukti baharu yang boleh menjejaskan dapatan Mahkamah Tinggi dan panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas Najib selama 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana SRC International bernilai RM42 juta. Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah ke atas Mohd Najib Razak berikutan tiada sebarang dapatan yang menunjukkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkhilaf dalam menilai semua keterangan yang dikemukakan berhubung pembelaan dan tidak mempercayai naratif pembelaan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2022
Categories |